Persidangan Antarabangsa Seni dan Teknologi Kreatif 2023

pastik 2023


Seni, Kreativiti, dan Teknologi Memartabatkan Budaya

LATAR BELAKANG SEMINAR
Bidang seni memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia sejak dari dahulu hingga sekarang. Tidak kira sama ada produk seni visual, seni tari, seni kreatif, seni muzik, atau pun seni teater, semuanya masih diminati ramai dan relevan dalam kehidupan seharian kita. Dengan itu, Akademi Seni dan Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah buat julung kalinya menganjurkan persidangan seni dan teknologi kreatif peringkat antarabangsa yang memberikan tumpuan khusus kepada semua disiplin kesenian. Semua penyelidik, ahli akademik, penggiat seni, pelajar Institut Pusat Pengajian Tinggi dan orang awam yang berminat dialu-alukan menyertai persidangan ini sama ada sebagai pembentang kertas kerja ataupun peserta.
OBJEKTIF
Persidangan seni & teknologi kreatif ini bertujuan:
-
mempergiatkan kajian atas semua bidang seni
-
mempereratkan hubungan antara pengkaji, ahli akademik dan peminat seni
-
menyebarkan penemuan baharu dalam bidang kajian seni
JUSTIFIKASI PERSIDANGAN
Persidangan teknologi kreatif dan seni visual itu adalah platform untuk ahli akademik tempatan dan antarabangsa serta pelajar pasca siswazah daripada pelbagai disiplin teknologi kreatif dan seni visual untuk mengeluarkan idea dan perspektif baharu dalam pengajian masing-masing. Selain itu, mereka boleh berkongsi idea, pengetahuan dan kemahiran yang boleh mengukuhkan penyelidikan yang akan, sedang atau telah dijalankan.
